Wednesday 29 February 2012

MINGGU KEDUA DI KELAS ^^

Pejam celik pejam celik dah masuk minggu kedua dah kelas..
cepat betul masa berlalu..sedar tak sedar,dah banyak jugak belajar dalam kelas..minggu pertama macam biasa lah..lecturer bagitahu berkenaan kursus EPPD1063 ni..apa yang akan kami belajar,dan ape yang perlu kami buat..dan perkara pertama yang kami pelajari adalah BASIC COMPUTER OPERATIONS..nampak dan dengar macam mudah kan??tapi sebenarnya banyak yang saya tak tahu..dan alhamdulillah sekarang saya mula memahami sedikit sebanyak apa itu INPUT DEVICE,SYSTEM UNIT,OUTPUT DEVICE,STORAGE DEVICE dan COMMUNICATION DEVICE..


Minggu kedua ni sangat menarik sebab saya belajar tentang MICROSOFT WORDS..rupa-rupanya benda-benda kecil kat bahagian paling atas bila kita buka microsoft office word tu,ada nama dia tersendiri..hehehe :p baru saya tahu..selama ni saya reka nama sendiri je dekat benda-benda tu..




       







Nampak benda-benda ni macam simple je kan..tapi yang simple ni lah yang ramai orang ambil mudah..tapi bila di tanya tak dapat jawab pun.. hehehe saya lah tu :p Jadiiiii ~~ lepas ni kena ambil iktibar..walaupun sesuatu tu nampak remeh,tapi hakikatnya ia amat berguna..mungkin bukan harini tapi siapa tahu esok kita perlukannya :) kan??







Sunday 26 February 2012

BUTA IT !! =.='

Sememangnya dari sejak azali lagi saya tidak suka apa sahaja yang melibatkan komputer atau benda yang canggih-canggih ni(sebab asal sentuh je benda-benda tu mesti rosak lepas tu kena marah-marah)..
dan sangat menyusahkan(tapi sebanarnya benda tu dicipta untuk memudahkan kita ).. Waktu sekolah dulu , arwah abah beria-ria suruh saya masuk kelas komputer..katanya , zaman makin maju..
kena tahu semua bab2 komputer ni..dengan berat hati,terpaksa lah akur..masuklah jugak..ingatkan bila dah masuk universiti ni takde dah kelas-kelas komputer ni , alih-alih wajib lah pulak !!

Adoiiii ~~ memang tak sanggup betul..
Dengan jujurnya , saya memang buta IT !! Memang tak tahu menahu(dan kalau boleh tak nak ambil tahu pun hehehe)pasal benda alah ni lagi..tapi kadang-kadang malu lah jugakkan budak-budak kecik lebih tahu dan pandai semua ni iPad lah , iPhone lah dan macam-macam jenis 'i' lagilah..bayangkanlah , nak menaip pun saya kena cari satu-persatu huruf(lajukan huhuhu)..sekarang ni plak ada touchscreen..lagilah 'laju' hehehe..


* iPad yang digilai ramai =.='

* iPhone



Tapi nak tak nak saya kena jugak tahu dan belajar semua ni.. yang untungnya saya..dan yang rugi pun saya..jadiiii~~dengan hati yang ikhlas , kini saya akan menghadiri ke kelas yang sangat-sangat 'diminati' setiap hari Selasa iaitu APLIKASI KOMPUTER !! seram sejuk taw !! dan kerana kelas ni lah KASIHHAFIZ.BLOGSPOT.COM ni wujud..terima kasih PN.NORAZILA :)
(arap-arap dapat markah lebih sebab mention name lecturer) 
heeeeee ^^



Friday 24 February 2012

AL-KISAH ~~~

ASSALAMUALAIKUM ~~~~ 
BICARA HATI bermulanya di sini :)


SUHAILI SUBAIRA nama diberi hasil gabungan SUBAIRA ALI dan MERIAM IDRIS dilahirkan pada 7 APRIL 1992.. cucu kepada ALI saudagar INDIA MUSLIM dari INDIA.. anak ketiga dari empat beradik , dua lelaki dan dua perempuan.. lahir dan di besarkan sepenuh nya di KUANTAN di dalam keluarga yang penuh kasih dan sayang :)

Tanggal 2004 , abah telah meninggalkan kami sekeluarga akibat penyakit yang berkaitan dengan jantung.. tinggallah kami berlima mak , along , kakngah , adik dan saya.. keperitan hidup mula dirasai oleh kami.. dan mak lah orang yang paling tabah sebab dalam masa yang sama mak juga menggalas tanggungjawab sebagai seorang ayah..



*mak yang tidak pernah kenal erti mengalah :)

walaupan mak tak bekerja , tapi mak cuba mencari alternatif lain untuk membesarkan kami berempat.. dan alhamdulillah salah seorang anak mak kini berada di UNIVERSITI KEBANGSAN MALAYSIA.. 

p/s : saya lah tu heeeeee ^^


*MOHD SUHAIRI abang sulung berusia 29 tahun dan masih bujang trang tang tang...


*ni pula satu-satunya kakak saya SUHAIMA berusia 25 tahun juga belum berkahwin..


*dan adik bongsu kami MUHAMMAD SUHAIDI berusia 17 tahun..
masih makan bersuap.. hehehe ^^