Monday 28 May 2012

DEMAM DEMAM DEMAM !

Assalamualaikum semua ~

dah nak dekat exam , badan plak x sihat..
kesian kan..
harini dah masuk 3 hari demam mengade-ngade sebab rindu dekat rumah kot..
hehehe..gedik kan..

tapi selalu mcm tu..
asal nk dekat exam je demam..
asal demam je nk dekat exam..
ubat plak xmakan..mmg cepat la nk baik kan..

hehehe..harap2 kawan2 yang lain sihat2 semua lah..
minggu ni kena jaga kesihatan betul2..
nk exam ni takut xboleh fokus plak nak stdy kan..

apa-apa pun wish you all good luck in final exam :)
chayok3 !! we can do it ! :)

HANDPHONE ^^


hye semua.. 
teringin sgt nk beli telefon nokia lumia ni..nak-nak yang warna punk tu..
comel sgt kan..sebab comel sgt,harga dia pon tersangat lah comel sampai tak mampu lagi nak beli..

kan best kalau ada orang yang terlalu pemurah untuk menghadiahkan telefon ni kat saya..
hehehe..berangan jelah kan sampai ke tua..
tapi tak mustahil satu hari nnt saya akan peroleh telefon ni dgn usaha saya sendiri..
hehehehe..

zaman sekarang pula macam-macam jenis telefon yang canggih-canggih...
budak kecil zaman sekarang pun dah pandai menggunakannya...

saya bile lagi??
hehehe..

insyaAllah akan datang :)

MINGGU TERAKHIR ^^

Assalamualaikum semua ~


pejam celik pejam celik da minggu ke empat belas da skg..
sekejap je mase berlalu..
hari ini adalah minggu terakhir untuk kelas aplikasi komputer dan semua kuliah yang ada..
minggu depan bermula la minggu belajar sendiri..hehehe

dalam kelas utk minggu terakhir ni,kami di tugaskan untuk membentangkan hasil kerja kami iaitu microsoft access dan blog ini :)
tawakal jelah setelah semua usaha yang telah dilakukan olah saya dan ahli kmpln yg lain..
hehehehe.. chayok3 !!

setakat ni dah 4 kumpulan yang dah membentangkan hasil kerja mereka..
ada yang bagus dan ada juga yang dapat komen yang panas dari pensyarah..
hehehehe...sabar-sabar..

apa-apa pun doakan agar blog dan tugasan saya ini diterima yer :)
aminnnnn ~
mudah-mudahan semua berjalan dgn lancar lah kan :)

Friday 18 May 2012

HARI YANG GEMBIRA ^^

Assalamualaikum semua ~

dah lama saya tak update blog saya ni..
sejak akhir-akhir ni saya sibuk sangat dengan pelbagai kerja dan tugasan yang perlu di siapkan..
tapi hari ni,saya ada satu berita gembira untuk dikongsikan dengan anda semua :)
nak tahu apa berita gembira tu??heeeee ^^

saya kini telah mempunyai lesen memandu setelah sekian lama saya impikan..hehehe..
mestilah saya gembira sangat sebab 3 tahun saya tunggu saat ni tau..

kereta idaman ku ^^

ingat lagi masa tu,saya tanya mak bila saya boleh ambil lesen kereta. mak cakap tunggu lepas habis SPM. 
ok,dan saya pun terus lah menunggu..
dah habis SPM,saya tanya mak lagi. 
mak cakap,awak kerja la kumpul duit lepas tu baru boleh ambil lesen..
ok,dan saya pun kerja la sepanjang nak menunggu keputusan SPM keluar.

keputusan SPM pun dah keluar,dan saya telah menerima tawaran untuk sambung belajar di matrikulasi.
saya bertanyakan lagi soalan yang sama dekat mak. 


hello kitty tu wajib yer ^^

mak,bila boleh ambil lesen kereta? mak cakap,lepas awak keluar matrik lah , sekarang dah tak sempat. saya pun masuklah ke matrikulasi selama 1 tahun dah telah mendapat keputusan dengan cemerlangnya.

keluar je dari matrik,saya tanya lagi dekat mak. bila boleh ambil lesen kereta? mak pun cakap, sementara awak nak tunggu mana-mana tawaran belajar ni, awak kerja la balik,kumpul duit lagi.

 tanpa berkata apa-apa, saya pun pergilah bekerja di tempat lama semasa menunggu keputusan SPM dulu. tak lama lepas tu,saya akhirnya mendapat tawaran belajar di UKM. sebelum datang ke UKM saya sempat bertanya kepada emak.


makkkkkk ~ ni kali terakhir saya tanya yer.... 
bila boleh ambil lesen kereta??
mak pun jawab : tunggu keluar dari UKM lah.

masa tu rasa nak menangis sangat-sangat sebab adik nak buat lesen motor,tapi mak angguk je kata boleh dekat adik..

uwaaaaaa !!! :'( mengapa aku di anak tirikan?? hehehehe....


nanti nak hias motor dgn hello kitty boleh tak mak?? 
heeee ^^


tp akhirnya,dengan sedikit bantuan dari mr.JPA dan duit yang di kumpulkan masa kerja tempoh hari aku kini, telah berjaya mendapatkan lesen kereta dan motorsikal sekaligus !! makkkkkk ~ tengok ni.. anak mak dah ada lesen laaaaa :p hehehehe..kalau boleh nak senyum sampai ke telinga dah ^______^ hehe

hari ini baru aku sedar selama ni , alasan yang diberikan oleh emak tu rupa-rupanya kata-kata semangat untuk aku supaya  tidak berputus asa mengejar impian yang aku inginkan

 dan aku perlu sedar bahawa, tidak semua benda yang aku inginkan,aku akan dapat dengan mudah tanpa usaha dari diri aku sendiri.